Tuesday, October 1, 2013

7 Strategi bebas HUTANG..!!



4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.


Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.


Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.


Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.


Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!


Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2gRODi1Dr


Komen :

Masa saya bekerja sebagai Software Enginner di sebuah syarikat swasta, saya buat business sebagai income kedua.. Syukur Alhamdulillah di sebabkan buat business lah dapat menyimpan sehingga 5 angka dan saya hanya guna duit gaji untuk settlekan komitmen shj. Duit business saya simpan. Memang ternyata untuk bebas hutang , kita perlukan extra income, sebab kita punya tanggungjawab yg ckup besar pd hari ni. Bayangkan nak beli kereta pon pinjam loan smpai 9 tahun, beli rumah pon kene pinjam loan 25tahun. Perkara yg mmg susah nak elak.  Tapi boleh di ubah jika kita ada extra income..! Thank you Allah. dan sekarang saya menjalankan perniagaan Premium Beautiful secara  sepenuh masa kerana percaya rezeki Allah dtgnya 9/10 dari perniagaan. 



No comments :

Post a Comment